Antara amalan yang sudah menjadi tradisi bagi umat Islam ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri pastinya memberi duit raya kepada individu lain terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja.
Amalan memberi duit raya kepada kanak-kanak, kaum keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga adalah sunat kerana ia termasuk dalam amalan sedekah atau hadiah yang dianjurkan di dalam Islam.
Sesetengah ibu bapa pula, pasti akan menyediakan duit raya lebih untuk diberikan kepada rakan-rakan anak dengan niat untuk bersedekah dan menggembirakan mereka.
Tular telatah murid beri duit raya kepada rakan-rakan di sekolah
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video telatah seorang murid lelaki yang memberikan duit raya kepada rakan-rakan kelasnya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok ibu kepada kanak-kanak lelaki itu (@cindirellapink7), kelihatan murid-murid terbabit tersenyum gembira setelah menerima duit raya.
Dah pesan dekat ibu awal-awal untuk sediakan duit raya buat rakan kelas
Menurut wanita berkenaan, anak lelakinya itu sejak awal lagi sudah berpesan untuk menyimpankan duit raya kepada rakan-rakan kelasnya.
“Awal-awal sudah pesan simpankan duit raya untuk kawan-kawan kelasnya. MasyaAllah tabarakallah anak soleh umi, semoga membesar dengan sihat berjaya dunia akhirat.”
Siap salam cium tangan lepas dapat duit raya
Apa yang lebih mencuit hati, kelihatan murid-murid terbabit bersalam dan mencium tangan rakan mereka itu selepas menerima duit raya.
Pada masa sama, kanak-kanak lelaki itu juga dilihat gembira dapat berkongsi rezeki bersama rakan-rakan kelasnya.
@cindirellapink7 awal2 sudah pesan simpan kan duit raya untuk kawan2 kelas nya.. MasyaAllah tanarakallah anak soleh umi .. Semoga membesar dengan sihat berjaya dunia akhirat 🫶🏻 #tawau #sabah
Netizen terhibur lihat telatah murid-murid dapat duit raya dari rakan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah murid-murid itu setelah menerima duit raya.
Kebanyakan netizen juga turut memuji sikap kanak-kanak lelaki itu yang tidak lupa untuk memberikan duit raya kepada rakan-rakan sekelasnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Buzzkini
Leave a Reply