[VIDEO] Beto Kusyairy Buat Gadis-Gadis Tak Keru4n, Bantu Beri Arahan Keluarkan Kereta Dari Parkir ‘Shopping Mall’

Sikap bersahaja pelakon, Beto Kusyairy yang membantu seorang wanita mengeluarkan kenderaannya di parkir sebuah pusat membeli belah telah meraih perhatian ramai.

Bantu beri tunjuk arah

@nursyazwani37

Wehhhh!!! @Beto_Kusyairy Hero Malaya guide aku keluar parking KL East Mall weh!!!! Takleh tidur malam la kalau gini!! Hahahahah. Baiknyaaa dia tolong insan yang lemah ni. Haha. Tau2 je lah kalau perempuan yang bawa kereta. 🤭😂 Mula2 dia suruh ketepi tu aku tak nampak. Sekali dia bangun and guide kan. Allahuakhbar. Semoga Allah balas kebaikan awak ye Beto!! 😍🖤 #betokhusyairy #heromalaya #sopansantun #lemakmanisalaamboi #fypシ #fypシ゚viral #fyp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Anis37 – Anis37

Menerusi TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Nur Syazwani memuat naik video dirinya yang sedang dalam kepayahan untuk mengeluarkan kenderaannya dari kawasan parkir pusat membeli-belah KL East Mall.

Difahamkan, Syazwani sukar berbuat demikian kerana terdapat sebuah kereta yang telah menghalang laluan kenderaannya.

Tidak lama selepas itu, kelihatan Beto yang sedang duduk berehat di atas palang besi pusat parkir berkenaan membantu Syazwani dengan memberikan tunjuk arah untuk mengeluarkan kenderaannya.

Syazwani dan beberapa orang rakannya yang berada di dalam kereta kemudiannya menjerit tanda teruja selepas mendapat pertolongan daripada Beto.

Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya ‘cemburu’ dengan Syazwani yang mendapat pertolongan daripada Beto.

Komen netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : TikTok nursyazwani37

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*