“Jadi saya serahkan kepada pihak p0lis untuk ….” – D4kwa keluar keny4taan berunsur fitn4h, Zaquan Adha buat lap0ran p0lis terhadap Rita Rudaini.

PEMAIN bola sepak Zaquan Adha membuat laporan polis susulan kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkan pelakon Rita Rudaini terhadapnya di Instagram.

Zaquan atau Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, 37, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad.

Kata Zaquan, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan lanjut terhadap pelakon berkenaan.

Zaquan mendakwa kenyataan dimuat naik oleh Rita berunsur fitnah.

“Assalamualaikum saya baru sahaja membuat laporan polis berkenaan dengan IG story yang dikeluarkan oleh Rita yang berunsurkan fitnah melibatkan saya dan keluarga.

“Jadi saya serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Zaquan berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

Sebelum ini, Rita atau Rudaini Mokhtar, 48, secara lantang membalas kenyataan bekas adik iparnya itu yang memberitahu enggan mencampuri urusan berkaitan kembarnya yang juga bekas suami Rita iaitu Aidil Zaquan.

Menerusi kenyataan balas yang dimuat naik di Instastory, Rita mendakwa Zaquan sebagai batu api dalam kemelut rumah tangganya sebelum ini.

Pelakon filem Mami Jarum ini juga berpesan kepada Zaquan agar tidak memberi sebarang kenyataan sekiranya benar enggan dikaitkan dengan isu antara dia dan Aidil.

Untuk rekod, Rita dan Aidil berkahwin pada 2008 namun bercerai pada 2013.

Kesan penceraian itu, Rita dan Aidil berdepan kemelut keluarga terutamanya berkenaan soal nafkah anak-anak mereka iaitu Airit Rayyan, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*