[VIDEO] Radhi OAG Tolak Kereta Rosak Tengah Jalan Raya Dipuji – “Menolong Dalam Keadaan Payah & Tanpa Mengenali”

Nama vokalis kumpulan OAG, Radhi menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial selepas tular video memperlihatkan penyanyi itu menghulurkan bantuan kepada seorang wanita di jalan raya.

Menerusi perkongsian video di TikTok, wanita berkenaan tidak menyangka seorang artis terkenal sanggup berlari ke keretanya yang bermasalah di tengah-tengah kesesakan jalan raya.

Difahamkan kereta wanita berkenaan secara tiba-tiba kehabisan bateri ketika menunggu lampu isyarat.

Selang beberapa minit kemudian datang seorang lelaki berlari ke arahnya untuk memberikan bantuan dan lelaki itu adalah Radhi OAG.

“Saya tolak, saya tolak,” kata Radhi kepada wanita berkenaan.

Kemudian Radhi dilihat pergi ke belakang kereta wanita berkenaan dan menolak kenderaan tersebut seorang diri.

Pada ketika itu juga, anak lelaki Radhi turun daripada kereta untuk melihat di mana bapanya berada.

Bagaimanapun, Radhi meminta anak lelakinya itu untuk pergi semula ke kereta mereka dan dia terus menyambung semula menolak kereta wanita berkenaan.

Rata-rata netizen memuji tindakan Radhi itu dan mendoakan kesejahteraan buat penyanyi itu atas pertolongan yang diberikan.

@syafiqahalmaghribi

radhi tolak kereta rosak, sis mmg respect gila dgn radhi oag, xsemua mcm ni 🫡🫡🫡 #radhioag #radhi #oag #fyp #viral #HaierUVAirPower

♬ original sound – Kaklong Starbucks – Kaklong Starbucks

“Hebatnya manusia ini, menolong dalam keadaan payah dan tanpa mengenali. Moga Allah limpahkan sebesar-besar rahmatNya kepada insan ini.

“Alhamdulillah terbaik abang. Ada abang Radhi yang sanggup tolak dengan panas-panas ini. Semoga diberkati Allah. Amin.

“Allahuakbar, cantik aturannya. Alhamdulilah dia datang tolong… Radhi OAG ini memang bagus, saya kenal dia dari lepak Hard Rock lagi. Rezeki awak bro,” komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*