Banyak berlaku dalam masyarakat. Cerita hal keluarga yang bermasam muka, berg4duh, bertik4m-lidah sehingga ada yang sampai membawa ke k3s mahkamah. Ada yang bertahun-tahun tidak bertegur sapa, hingga membawa diri langsung tak kembali.
Demi sebuah ego ramai yang memilih untuk terus bermusuh dengan d4rah daging sendiri hingga kenduri-kendara langsung tak nampak muka. Ada yang lebih menyayat hati, ketika m4ti pun ikatan terus terputus tanpa sempat bermaafan.
Namun begitu bak kata orang, air dicinc4ng tidak akan putus.
Perselisihan di antara adik-beradik selalunya tidak akan kekal lama dan akhirnya mereka pasti akan berbaik semula seperti kisah yang akan kami kongsikan ini.
Menerusi satu video tular di laman Tiktok yang dimuat naik oleh @intanorumira memaparkan sebuah keluarga besar yang terdiri daripada begitu ramai adik beradik mengadakan majlis ‘family day’.
Majlis tersebut kemudian diteruskan dengan acara menyuap makan daripada abang sulung kepada kesemua adik beradik. Namun hanya salah seorang dari adik beradik tersebut tidak disuap oleh si abang sulung, difahamkan kerana berlaku konflik di antara meraka sebelum ini.
Namun setelah sekian lama dipujuk oleh kesemua adik beradik, ego mereka masing-masing berjaya dileraikan dan kedua-dua mereka berpelukan dan saling bermaaf maafan.
Situasi tersebut juga dihujani oleh linangan air mata daripada adik beradik yang lain, tanda mereka gembira dengan perdamaian tersebut.
“Alhamdulilah…setelah kian lama tidak bertegur sapa kerana ada selisihan faham.akhirnye hubungan kembali seperti dulu..terima kasih pakcik makcik,sepupu semua bersama berusaha untuk pulihkn hubungan abah dgn cik amil..kami sayang semua..,” tulis @intanorumira di ruangan kapsyen.
Video:
@intanorumira Sebelum sesi pujuk memujuk..masing2 ada ego masing2..masing2 ada masalah tersendiri hanya mereka yang tahu isi hati sendiri..dengan majlis ni kami dapat berkumpul beramai2..dan menyatukn kembali hubungan abah dgn adiknye..ALHAMDULILAH.😭😭
@intanorumira Alhamdulilah…setelah kian lama tidak bertegur sapa kerana ada selisihan faham.akhirnye hubungan kembali seperti dulu..terima kasih pakcik makcik,sepupu semua bersama berusaha untuk pulihkn hubungan abah dgn cik amil..kami sayang semua..🫶🏻🫶🏻 #Familysday2023#samanmahjurA#kembaliterjalincover #sayangselamanya
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 2.3juta tontonan, 120.1k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang turut seb4k dengan situasi tersebut.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber: tiktok @intanorumira
Leave a Reply