Isteri kepada Shuk Sahar yang dikenali sebagai Rossa Sera memberitahu pelawak itu sendiri yang mengajaknya ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama.
Menurut Sera, tujuan Shuk mengajaknya sebagai titik permulaan kehidupan baharu mereka sebelum mengetahui keputusan mahkamah mengenai kemelvt rumah tangganya.
“Untuk umrah ni, ada la Shuk yang mengajak… sebagai titik permulaan atau pengakhiran untuk keputusan mahkamah yang akan diketahui bila kami balik umrah.
“Kiranya satu titik permulaan hidup baru untuk diri masing-masing,” kata Sera ketika dihubungi Gempak.
Bagaimanapun Sera berkata apa jua keputusan mahkamah sama ada baik atau tidak, dia dan Shuk mahu menjadi lebih bertanggungjawab dalam menguruskan anak-anak mereka.
View this post on Instagram
“Apa jua keputusan mahkamah sama ada positif atau negatif, pada saya apa yang sudah, sudah la. Saya mahu fokus kepada anak-anak dan manakala Shuk pula fokus pada perniagaannya.
“Saya dan Shuk mahu berubah menjadi lebih baik dalam urusan anak-anak dari segi tanggungjawab. Macam saya sebagai ibu, dan Shuk pula dari segi nafkah anak-anak serta apa jua yang tidak dititik beratkan sebelum ini,” ujarnya.
Biarpun berdepan dengan kemelvt rumah tangga sejak beberapa tahun lalu namun Shuk dan Sera memulakan tahun baharu dengan menunaikan umrah bersama pada Ahad.
View this post on Instagram
Bukan hanya Sera, rombongan ke Tanah Suci itu turut disertai jemaah umrah lain seperti rakan perniagaan Shuk.
Untuk rekod, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah pernah mended4hkan sudah memfailkan cer4i terhadap Shuk pada November tahun lalu selepas pelawak itu did4kwa cur4ng.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3 tahun.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : gempak.com
Leave a Reply