KEHADIRAN maskot beruang yang muncul secara tiba-tiba dalam sebuah majlis perkahwinan bukan sahaja mengejutkan tetamu, malah pasangan mempelai turut sama terkesima dan terpinga-pinga.
Mana tidaknya, ia bukanlah sebahagian daripada rancangan tuan rumah ataupun pengantin sendiri untuk menjemput maskot sebagai ‘penyeri’ majlis berkenaan.
Namun tanda tanya mengenai gerangan di sebalik maskot itu akhirnya terungkai selepas tuan badan membuka sarung kepala beruang, sekali gus membuatkan pengantin perempuan terus mengalirkan air m4ta.
Rupa-rupanya individu di dalam kostum maskot tersebut adalah rakan baik kepada pengantin perempuan yang hadir bagi membuat kejutan sempena hari bahagia teman kesayangannya.
Video detik menyentuh hati itu dikongsikan di akaun TikTok Bella Yusoff yang sehingga kini meraih melebihi 1.5 juta jumlah tontonan.
Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Bella Yusof itu berkata, dia yang menyediakan khidmat sewaan maskot dan surprise delivery pada mulanya dihubungi oleh seorang pelanggan wanita.
“Wanita tersebut kata dia dari Nilai dan mahu sewa maskot untuk buat kejutan sempena majlis perkahwinan sahabat baiknya di Shah Alam, Selangor pada 8 Oktober.
“Saya ada 10 kostum maskot dan pelanggan wanita itu pilih maskot beruang. Video kejutan di majlis tersebut dirakam oleh seorang lagi rakannya. Dia kemudian kongsi video tersebut kepada saya,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.
Bella menyediakan perkhidmatan sewaan maskot dan ‘surprise delivery’ sekita Lembah Klang dan Selangor.
Menurut Bella, ini merupakan kali kedua pelanggannya menyewa maskot untuk membuat kejutan sempena majlis perkahwinan sahabat baik masing-masing.
“Tapi video kedua ini paling tak sangka sampai lebih 1.5 juta jumlah tontonan.
“Mungkin reaksi pengantin perempuan yang mengalirkan air m4ta kerana terlalu tersentuh dengan effort sahabat baiknya, membuatkan netizen turut sama mengalirkan air m4ta.
Bella sudah empat tahun berkecimpung dalam bisnes sewaan maskot dan ‘surprise delivery’.
“Mereka dapat rasakan betapa akrabnya persahabatan antara pengantin perempuan dan sahabatnya itu. Bukan senang bila ada kawan sanggup datang siap pakai maskot demi nak buat kejutan.
“Nampak macam simple tapi kenangan tersebut akan kekal sampai bila-bila,” ujarnya yang menetap di Klang.
Bercerita serba sedikit mengenai perniagaannya, Bella berkata dia sudah empat tahun menjalankan bisnes Belle Surprise Delivery dengan bantuan seorang staf.
View this post on Instagram
“Selain sewaan maskot, saya juga buat surprise delivery sekitar Selangor dan Lembah Klang. Lazimnya pelanggan akan sewa kostum maskot untuk majlis hari jadi, event sekolah, serta buat kejutan untuk pasangan.
“Sepanjang empat tahun berkecimpung dalam bisnes ni, saya juga lazimnya terlibat ikut pelanggan hantar hadiah dan buat kejutan kepada orang kesayangan mereka.
Antara komen netizen yang turut tersentuh dengan video tersebut.
“Ada seorang lelaki ni buat kejutan untuk isterinya sempena ulang tahun perkahwinan ke-10, di rumah mereka. Reaksi isterinya buat saya turut sebak. Seronok jadi sebahagian daripada momen manis mereka.
“Kesimpulannya, hargailah insan tersayang selagi mereka masih ada. Mahal murah sesuatu hadiah atau kejutan bukan soalnya, yang penting kenangan yang dicipta akan diingati sampai bila-bila,” ujarnya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply